04 November 2012

Doa

Tak pernah putus doaku
semoga mereka dilindungi,
Semoga mereka diberi layanan yang baik,
semoga mereka diberi makanan bila lapar,
semoga mereka dipujuk bila menangis mahupun ketakutan,
semoga sentiasa dalam pengawasan....

biarlah nyawaku dulu yang diambil,
tapi,
jangan mereka terlebih dahulu,
kerana ia akan menjadi penyesalan sehingga ke mati seorang ibu,
kerana tidak dapat menjaga keselamatan anak-anak kesayangan,
kerana terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada orang yang tidak bertanggungjawab,

tapi apakan daya,
ibu ini tidak mampu untuk menjaga mereka sendiri,
terpaksa bekerja untuk kepentingan sekeliling dan juga terutamanya mereka,

Ya Allah,
Kau berikanlah yang terbaik buat mereka...
Ampunkanlah hambamu ini...
Jika karma yang engkau hendak turunkan, ku pohon engkau turunkanlah kepada hambamu ini,
bukan kepada mereka...ku pohon...

No comments:

Post a Comment