15 December 2011

I HATE BUDAK NAKAL!

The title sound like I am a bad woman@mother...hahaha!but i really have a big problem with this kind of kids...NAKAL@TAK RETI BAHASA (even they are kids, they should know when people get mad or not - sbb saya bagitu dulu :P )


Alhamdulillah it is not my kids...YES my kids pun ada istilah nakal tu, but they still RETI BAHASA when i really angry with them...they keep quite or sit down silently...


apatah lagi kalau budak nakal ni yang tak bley nak marah...kang marah mak ayah dia terasa plak...nenek terasa lah...urghhhhhh....but sukati sayalah nak marah ok...kalau rumah saya lagilah sukati saya nak marah, n kalau tepi jalan budak nakal ni buat my kids pun saya ada hak nak marah...


by the way, i still google cara nak MENANGANI BUDAK NAKAL NI...sebab i don't want org cakap I plak yang ngalahkan bebudak bila marah diorang :)


From majalah PA&MA


Denda
Untuk memberi pengajaran kepada anak, tak salah kalau menggunakan sedikit denda apabila anak melakukan kesalahan seperti menyebut perkataan yang tidak baik. Ini supaya dia tidak akan mengulanginya.


Teladan
Jangan sesekali memukul anak dalam keadaan marah sebaliknya berikan nasihat supaya dia tidak melakukan perkara yang dilarang. Pada masa yang sama kita sebagai ibu dan bapa perlu menunjukkan sikap yang baik dihadapannya.


Buat peraturan
Cuba buat peraturan untuk anak mendisiplinkan anak. Contohnya buat peraturan dalam bentuk lukisan menunjukkan barang permainan di masukkan kedalam bakul. Dengan cara ini anak akan terdidik untuk mengemas barang mainannya selepas bermain. 


Beri Masa
Anak tidak akan berubah sekelip mata. Jangan mendesak dan beri masa untuk dia berubah.Jika dia masih nakal, keluarkannya dari aktiviti keluarga untuk tempoh tertentu. Kemudian jelaskan kenapa kita berbuat begitu dan katakan bahawa kita berharap supaya dia berubah.


Kenal Erti Persahabatan
Biar anak bermain dengan kawan-kawannya, malah yang lebih tua dari usianya. Melalui kawan dia akan belajar erti kesetiaan, menghadapi masalah bersama dan mengatasi konflik. Beri tanggapan positif tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak dengan kawannya. Contohnya bila dia mengeluh tentang kawan yang tidak disukai, penting untuk kita untuk tidak memberi penilaian terhadap kawan-kawannya. Jangan lupa memberi nasihat supaya dia menjadi seorang kawan yang setia dan baik.


Ini dari forum wangcyber


Tip pertama

1- Baca bismillah 786
2- Baca ayat 71.. 71 kali

Caranya:

Letak air satu jug, Proses baca.. sekali jalan terus kedua langkah di atas tadi.
baca langkah 1 dan langkah 2, 
setelah selesai tiupkan ke dalam air tersebut.
Bagi minum ngan budak yang degil atau nakal tu.
Insya Allah tak degil atau nakal lagi budak tu.
kalau nakal juga ulang lagi..empat kali atau lima kali.
kalau nakal dan degil lagi..salah baca lah tu..hehehe ( kata ust Ismail )

Tips yang ke dua:

1- Baca ayat 1-6, surah Toha 1000 kali ( ini boleh baca ansur-ansur sehingga cukup 1000 kali)
2- Waktu budak tidur baca 3 kali dan tiup kat ubun-ubunnya.
3- Jangan dicium budak atau kanak-kana semasa mereka sedang tidur.. cium waktu tidur tu buat dia jadi degil. Ala waktu tak tidur kan banyak..cium je masa mereka jaga.

okiess...until then...chaousss....wassalam...

No comments:

Post a Comment